Assalamualaikum..
Jom kenali siapakah murid berkeperluan khas!
Mereka ini terbahagi kepada murid bermasalah pembelajaran, bermasalah pendengaran dan bermasalah penglihatan. Murid bermasalah pembelajaran termasuklah murid disleksia, sindrom down, autisme dan ADHD..
Hari ini ana nak bincangkan dengan lebih mendalam tentang murid austisme...
Defini Autisme...
Perkataan autisme berasal
daripada perkataan bahasa Greek iaitu “autos” yang bermaksud sendiri.
Dalam situasi ini, autos merujuk kepada seseorang yang hidup dalam
dunianya sendiri. Seorang ahli psikologi dari Harvard iaitu Leo Kanner
telah memperkenalkan istilah austis pada tahun 1943 berdasarkan
pemerhatian beliau terhadap penghidap autisme yang menunjukkan respon
yang negatif dalam berkomunikasi dengan orang lain, pengasingan diri,
keadaan yang tidak fleksibel dengan orang lain dan cara komunikasi yang
berbeza daripada orang biasa.
Autisme merupakan ganguan psikologi terhadap perkembangan
komunikasi, gerakan tubuh badan, sikap, emosi, sosial, dan sentuhan.
Menurut Dr. Widowo Judarwanto di dalam jurnalnya yang bertajuk
“Pencegahan Autis Pada Anak”, kebiasaanya autistik tidak langsung
mempedulikan suara, penglihatannya ataupun perkara-perkara yang berlaku
dipersekitaran mereka. Sekiranya mereka memberi reaksi terhadap sesuatu
perkara, kebiasaanya, reaksi mereka langsung tidak menyentuh mengenai
perkara tersebut, malah adakalanya mereka tidak langsung memberi apa-apa
reaksi.
Terdapat beberapa ciri yang ditonjolkan oleh murid autisme ini..
a) Komunikasi dan Bahasa
Menurut Dr. Widowo, penghidap autisme biasanya mengalami masalah
gangguan dalam komunikasi. Mereka lambat untuk bercakap dan ada
sesetengahnya gagal sepenuhnya untuk bercakap. Sekiranya mereka dapat
bercakap, mereka hanya bercakap untuk masa yang singkat, tidak dalam
waktu yang lama. Menariknya, mereka hanya mampu untuk menggunakan bahasa
tubuh untuk berkomunikasi dengan orang lain. Mereka mampu untuk meniru
apa yang orang lain katakan, tetapi mereka gagal untuk memahami maksud
kata-kata tersebut.
b) Kognitif
Autisme merupakan masalah dalam mental penghidapnya. Maka, ia turut
memberi kesan dalam perkembangan kognitif mereka. Menurut (Michael
Waldman, Sean Nicholson,& Nodir Adilov, 2006) dalam jurnalnya
menyatakan bahawa kanak-kanak autisme ini mengalami masalah separa buta
akal. Mereka kurang memahami konsep pemahaman yang difikirkan oleh orang
lain.
c) Interaksi Sosial
Dr. Widowo menyatakan bahawa penghidap autisme biasanya mengelakkan diri
untuk bertentang muka dengan orang lain. Mereka tidak menyahut apabila
mereka dipanggil tetapi hanya menolehkan muka kepada orang yang
memanggil mereka. Kebiasaannya penghidap autisme akan merasa tidak
selesa jika mereka ini dipeluk, tetapi mereka tidak menolak pelukan
tersebut. Sekiranya mereka menginginkan sesuatu mereka akan memegang
tangan orang yang berhampiran dengan mereka dan mengharapkan orang
tersebut melakukan sesuatu untuk memenuhi keinginannya. Mereka tidak
akan berasa selesa sekiranya waktu mereka bermain ada orang lain cuba
untuk mendekati mereka dan mereka akan mengambil tindakan untuk
menjauhkan diri daripada orang tersebut.
d) Ganguan Emosi
Menurut Dr. Widowo lagi, kebanyakan penghidap autisme, mengalami masalah
emosi yang tidak seimbang. Kadangkala mereka akan ketawa, menangis atau
marah seorang diri tanpa sebab yang munasabah. Mereka ini mempunyai
sikap panas baran yang sukar dikawal terutama apabila mereka gagal untuk
mendapatkan apa yang mereka inginkan. Ini boleh menyebabkan mereka
menjadi manusia yang agresif.
e) Perangai dan Sikap
Dr. Widowo menafsirkan bahawa kanak-kanak autisme ini senang untuk
diuruskan apabila meletakkan sesuatu barang pada tempat-tempat yang
tertentu. Kadangkala, kanak-kanak ini akan berubah sikap menjadi
kanak-kanak yang hiperaktif terutamanya apabila mereka berhadapan dengan
suasana yang asing buat mereka. Mereka akan meniru perbuatan yang
dilihatnya seperti burung yang sedang terbang. Mereka akan
melambai-lambaikan tangan seolah-olah mereka juga ingin terbang. Ibu
bapa dan guru perlu memberikan perhatian yang lebih kepada kanak-kanak
autisme kerana mereka mampu untuk mencederakan diri mereka seperti
menghantukkan kepala mereka ke dinding. Kadangkala juga, mereka akan
bersikap pasif dengan berdiam diri sambil merenung dengan renungan yang
kosong. Perubahan sikap yang ditunjukkan seperti marah dengan tiba-tiba
dan memberi perhatian yang bersungguh-sungguh terhadap sesuatu perkara.
f) Kesan Sentuhan Fizikal
Hasil kajian Dr. Widowo menunjukkan bahawa kebanyakkan penghidap autisme
sangat sensitif terhadap cahaya, bunyi, sentuhan, rasa dan ciuman.
Kebiasaannya penghidap autisme mengalami tabiat suka menjilat,
menggigit, atau mencium apa sahaja barang termasuklah barang mainan
mereka. Mereka akan menutup telinga apabila mereka terdengar bunyi kuat.
Apabila kanak-kanak autisme ingin dimandikan mereka akan menangis
apabila rambut mereka dibasahkan. Mereka juga tidak selesa jika mereka
dipakaikan dengan pakaian-pakaian yang tertentu menyebabkan ibu bapa
sukar untuk menguruskan pakaian mereka. Mereka amat tidak selesa dengan
pelukan atau rabaan. Mereka akan cuba mengelak atau melepaskan diri
daripada perbuatan tersebut.
IMPLIKASI KANAK-KANAK AUTISME DALAM PROSES PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
Guru
memainkan peranan penting dalam menguruskan kanak-kanak autisme di
sekolah. Ini kerana kanak-kanak autisme ini sukar dikenal pasti secara
melalui fizikal semata-mata. Mereka mengalami masalah komunikasi yang
kronik sehingga mereka tidak mampu untuk mengenal pasti riak air muka,
bahasa tubuh, isyarat atau perlambangan, dan nada suara yang berbeza
bagi menafsirkan perasaan.
Menurut Vacca (2007) dalam jurnalnya yang bertajuk Autistic Children Can
Be Taught To Read menyatakan bahawa pemikiran imaginasi kanak-kanak
autistik sentiasa berkurangan, maka penulisan dan pembacaan yang kreatif
terlalu sukar untuk difahami oleh mereka. Maka, guru perlu mengajar
dalam bentuk yang lebih fakta dan konkrit. Sebagai contohnya, guru
menanyakan soalan fakta seperti “Apa yang berlaku disini?, apa yang akan
berlaku seterusnya?” dan sebagainya. Vacca (2007) percaya bahawa adalah
lebih baik sekiranya guru menggunakan bahan yang realiti berbanding
bahan yang berbentuk fantasi.
Menurut Vacca (2007) lagi, beliau menyatakan bahawa guru perlu
menjadikan aktiviti membaca untuk autistic suatu aktiviti yang
menyeronokkan dengan menggunakan Authetic High Interest Visual Material.
Berdasarkan journal beliau, Grandin (2002) menyatakan bahawa
kanak-kanak autisti memiliki pemikiran visual. Mereka tidak memikirkan
bahasa tetapi dalam bentuk gambar rajah.
Menurut Vacca (2007) , beliau menyatakan lagi dalam kajian beliau bahawa
dalam memulakan pengajaran untuk kanak-kanak autistik, guru perlu
mengikut minatnya terlebih dahulu. Sebagai contohnya, guru meminta
kanak-kanak autistic melukis kartun lawak dan kemudian menulis
penerangan mengenai kartun tersebut dibawah gambar tersebut.
Apabila mereka selesai dalam melakukan sesuatu tugasan, berikanlah
kata-kata pujian walaupun adakalanya mereka tidak memahami pujian
tersebut. Ganjaran juga boleh diberikan seperti melebihkan masa bermain
mereka kerana mereka telah berjaya melakukan sesuatu tugasan.
Semasa mengajar, guru digalakkan untuk menggunakan kata-kata, foto-foto,
gambar rajah, lambang atau isyarat bagi membantu mereka untuk meluahkan
perasaan mereka. Keprihatinan guru dalam mengenal pasti perasaan mereka
adalah perlu agar emosi dan perasaan mereka tidak mempengaruhi tingkah
laku mereka cenderung ke arah negatif seperti mencederakan diri atau
orang lain.
Mereka adalah insan yang sungguh istimewa yang diciptakan oleh ALLAH..
Jadi janganlah kita mengabaikan dan memandang rendah terhadap golongan ini..malah bantulah mereka..
No comments:
Post a Comment